JellyPages.com

Serba Sedikit Tentang Saya

Hye semua. Mas berasal dari Miri Sarawak dan Sangat cintakan resepi-resepi Kek, Biskut, Masakan dan Sebagainya. Sejak umur 17 tahun lagi Mas dah berkecimpung dalam perniagaan kecil-kecilan kek lapis kerna minat yang sangat mendalam. Bermakna dah 14 tahun Mas dalam bidang lapis melapis...... Resepi kebanyakan Mas dapat dari kengkawan dan Blog-blog resepi lain juga.. dan yang paling menarik respi zaman 80-an pun ada yg zaman sekarang pun tak pernah ada.. Apakata kalau kita kongsikan resepi di sini... Sharing is Caring.. jom..

Sembang-Sembang

Wednesday 11 September 2013

KEK LAPIS DEWI

Saya story sikit tentang kek ni yer. Kek ni rasa dia memang sedap kerana lapisan tengah tu adalah menggunakan pure coklat. tak de guna milo atau serbuk koko. Jadi rasa coklat dia tu memang sebati dan di tambah pulak dengan "Coklat Cip Putih". Kepada penggemar coklat boleh try ni.. simple dan mudah..
Jom tengok resepi kat bawah:-


KEK LAPIS DEWI
500gm mentega
10 biji Telur gred A
180gm gula kastor
1 tin kecil susu pekat manis
1/2 tatura cheese
200 tepung gandum
100gm Coklat masakan
50gm horlick
1sdk ovallet
* White Colat chip

Cara membuatnya:-
Pukul mentega, gula dan tatura cheese. (Ditempat berlainan pukul telur & ovallet hingga kembang)
Masukkan adunan telur ke dalam adunan mentega dan masukkan susu, horlick dan pukul hingga sebati.
Selepas itu masukkan tepung gandum. Bahagikan kepada 2 adunan. 1 adunan untuk 4 lapisan kek dan selebihnya di masukkan coklat masakan + coklat emulco.
Setiap lapisan coklat di huraikan white coklat chip. 
** Acuan size 8 x 8
** Di bakar menggunakan api atas sahaja


"Selamat Mencuba"



No comments:

Post a Comment