JellyPages.com

Serba Sedikit Tentang Saya

Hye semua. Mas berasal dari Miri Sarawak dan Sangat cintakan resepi-resepi Kek, Biskut, Masakan dan Sebagainya. Sejak umur 17 tahun lagi Mas dah berkecimpung dalam perniagaan kecil-kecilan kek lapis kerna minat yang sangat mendalam. Bermakna dah 14 tahun Mas dalam bidang lapis melapis...... Resepi kebanyakan Mas dapat dari kengkawan dan Blog-blog resepi lain juga.. dan yang paling menarik respi zaman 80-an pun ada yg zaman sekarang pun tak pernah ada.. Apakata kalau kita kongsikan resepi di sini... Sharing is Caring.. jom..

Sembang-Sembang

Thursday 12 September 2013

KEK LAPIS PANDAN COKLAT


KEK LAPIS PANDAN COKLAT

10 biji telur
16oz mentega
200gm gula kastor
240gm tepung gandum
100gm horlicks
1 tin susu pekat (397gm)
100gm coklat masakan
Pandan Paste 1/2 (botol kecil)
1sdk ovallet
Coklat emulco sedikit


Cara membuatnya:-

Pukul mentega, gula, telur dan ovallet sehingga kembang.
Selepas itu masukkan susu, horlick, tepung gandum dan pukul hingga sebati.
Bahagikan kepada 2 adunan. 1 adunan masukkan coklat masakan + coklat emulco.
1 adunan lagi dimasukkan pandan paste. Bakarlah berselang seli mengikut cara anda sendiri.
** Acuan size 8 x 8
** Di bakar menggunakan api atas sahaja
** Bagi perminat peppermint, yg hijau boleh di letakkan sedikit peppermint. 
Jangan banyak sangat kerana peppermint yg terlebih boleh mengakibatkan kek kita rasa pahit.
** Tidak memerlukan pewarna. semuanya asli.

"Selamat Mencuba"



No comments:

Post a Comment