JellyPages.com

Serba Sedikit Tentang Saya

Hye semua. Mas berasal dari Miri Sarawak dan Sangat cintakan resepi-resepi Kek, Biskut, Masakan dan Sebagainya. Sejak umur 17 tahun lagi Mas dah berkecimpung dalam perniagaan kecil-kecilan kek lapis kerna minat yang sangat mendalam. Bermakna dah 14 tahun Mas dalam bidang lapis melapis...... Resepi kebanyakan Mas dapat dari kengkawan dan Blog-blog resepi lain juga.. dan yang paling menarik respi zaman 80-an pun ada yg zaman sekarang pun tak pernah ada.. Apakata kalau kita kongsikan resepi di sini... Sharing is Caring.. jom..

Sembang-Sembang

Monday 16 September 2013

KEK LAPIS PUSPA

Kek Lapis Puspa memang rasa amat berlainan dengan yg lain. Kerna diperkaya 
dengan rasa peanut butter dan coklat. Jom ambik resepi sitok...


KEK LAPIS PUSPA

10 biji telur
16oz mentega
180gm gula kastor
240gm tepung gandum
100gm horlicks
1 tin susu pekat (397gm)
200gm Peanut Butter (Jenis blend halus tak ada kacang)
1sdk ovallet
Coklat Masakan


Cara membuatnya:-

Pukul Mentega dan gula sehingga sebati berwarna putih.
Masukkan telur dan ovallet. Pukul hingga sebati.
Selepas itu masukkan susu, horlick dan peanut butter.
Kemudian masukkan tepung gandum. Pukul hingga sebati.
Lapiskan adunan berselang seli dengan coklat masakan. 
(Bila di letakkan coklat masakan di atas adunan lapisan pastikan di coreng menggunakan
bawah sudu sebati dengan adunan kuih agar senang di potong.)
** Acuan size 8 x 8
** Di bakar menggunakan api atas sahaja
** Tidak memerlukan pewarna. semuanya asli.

"Selamat Mencuba"


No comments:

Post a Comment