Salam 1 Malaysia Kengkawan semua. Pasti belum pernah dengar nama kek ini kan. Kek Idaman ni pada zaman 80an waktu tu auntie saya ada belajar sama rukun tetangga pada zaman tu... ok jom terjah resepinya.. so far kek ni selalu mendapat tempahan yang banyak dan berulang-ulang.. jom terjah..
KEK LAPIS IDAMAN
500gm mentega
10 biji Telur gred A (Gred B guna 11 biji)
180gm gula kastor
1 tin kecil susu pekat manis
1 pk tatura cheese (250gm)
200 tepung gandum
150gm horlick
50gm Santan Paket
1sdk ovallet
Coklat Masakan (100gm)
Strawberry filling
Pandan paste
Tepung Aiskrim Vanilla (100gm)
Coklat Emulco
Cara membuatnya:-
Pukul mentega, gula dan tatura cheese. (Ditempat berlainan pukul telur & ovallet hingga kembang)
Masukkan adunan telur ke dalam adunan mentega dan masukkan susu, horlick dan pukul hingga sebati.
Selepas itu masukkan tepung gandum. Setelah adunan tadi sebati, Asingkan adunan untuk 2 lapisan - Hijau (Di letak Pandan paste), 2 lapisan - Pink (Di letak Strawberry Filling) dan adunan selebihnya di bahagi kepada 2 untuk Putih-Aiskrim Vanilla dan Hitam - Coklat Masakan + Coklat Emulco.
Cara Melapis:
4 Lapisan pertama - Hitam & Putih. Warna hitam dan putih diselang selikan dengan teknik memanjang 3 kumpulan dan di ratakan menggunakan sudu. Lapisan kedua- lakukan sama cuma yang pada awalnya putih di lapis dengan hitam dan seterusnya warna diselangselikan.
Lapisan hijau dan merah seperti melapis kek biasa. 2 lapisan hijau dan 2 lapisan merah.
Lapisan terakhir - sama dengan cara lapisan yang pertama tadi.
** Nak lebih senang guna botol sos pun boleh.
** Pastikan lapisan tak begitu tebal.
** Acuan 8.5 x 8.5
** Di bakar dengan menggunakan api atas sahaja
Lapisan teratas sekali hanya berwarna putih dan letakkan sedikit coklat cair ke atasnya dan buat corak abstrak menggunakan sudu.
"Selamat Mencuba"
No comments:
Post a Comment